‘BAGUSLAH ORANG INGAT SAYA DAN INTAN SUDAH PUTUS’ – KAMAL ADLI

‘BAGUSLAH ORANG INGAT SAYA DAN INTAN SUDAH PUTUS’ – KAMAL ADLI

0 51

‘Baguslah Orang Ingat Saya Dan Intan Sudah Putus’ – Kamal Adli | Ini pula kontroversi membabitkan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana. Ada desas desus yang timbul baru-baru ini mengatakan hubungan cinta antara dia dengan Intan Ladyana sudah pun berakhir. Namun Kamal Adli pantas menafikan khabar angin berkenaan. Tambahan pula ada yang mengatakan punca perpisahan mereka kerana kecurangan Kamal Adli.

“Saya tak curang. Dia pun tak curang. Tapi kalau orang ingat kami dah putus, bagus juga lah. Sebab itu tandanya mereka menyedari akan kewujudan perhubungan kami. Tapi saya nak bagitahu yang hubungan kami masih seperti biasa. Cuma kami sibuk dengan kerja masing-masing. Itu yang membuatkan kami jarang berjumpa atau orang susah nak nampak kami keluar bersama”, kata Kamal Adli yang dipetik dari laman Malaysia Digest.

Katanya lagi, meskipun hubungan mereka sudah mencecah tiga tahun, tetapi disebabkan kekangan masa maka ruang mereka berjumpa dan luangkan masa bersama seperti baru setahun. Bukan dia tidak memikirkan soal kahwin, cuma kata Kamal masanya saja belum sesuai. Tambah-tambah dia sekarang dalam proses membina semula namanya dan memastikan kerjayanya benar-benar stabil.

“Perancangan (kahwin) tu memang ada. Orang kata, tak baik lama-lama. Dan siapa yang tak mahu kahwin, kan? Tapi belum masanya lagi. Sekarang ni saya tengah nak re-branding nama saya. Allhamdullilah tahun ni produk saya banyak keluar. Sama ada jadi tak menjadi produk lakonan saya, itu nombor dua. Apa yang penting sekarang saya cuma fikirkan macam mana nak kekal lama dalam industri ni.

“Saya hormat dia (Intan) sebab dia boleh tunggu saya. Saya katakan pada dia, apa yang saya buat ni untuk masa depan kami berdua. Dia pun faham dan dia pun tak fikir pasal tu (kahwin) lagi. Apa yang boleh saya katakan, kalau dah betul-betul kami ke arah itu (kahwin) nanti, saya akan beritahu pada semua, saya takkan sorok-sorok”, katanya yang turut meluahkan rasa penat apabila acapkali diajukan mengenai hal percintaan kepadanya.