PEMAIN IMPORT SELANGOR 2013 – FRANCIS FORKEY DOE ATAU LE CONG VINH?

PEMAIN IMPORT SELANGOR 2013 – FRANCIS FORKEY DOE ATAU LE CONG VINH?

0 43

Pemain Import Selangor 2013 – Francis Forkey Doe Atau Le Cong Vinh? | Siapa bakal menjadi penyerang import baru Selangor musim 2013? Ia masih menjadi tanda-tanya dan Selangor kini dalam usaha memburu pemain import baru berikutan keengganan Bosko Balaban untuk memperbaharui kontraknya bersama skuad Gergasi Merah itu musim depan.

Biarpun masa depan Bosko ban masih belum diputuskan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sudah ada nama-nama pemain import yang disebut-sebut bakal menggantikan Bosko Balaban. Antara yang dikaitkan bakal menjadi mesin pencetak gol baharu Gergasi Merah musim depan termasuklah peledak Terengganu, Francis Forkey Doe. Penyerang kebangsaan Vietnam, Le Cong Vinh juga antara calon-calon yang disebut menerajui jentera serangan Selangor musim depan.

Kredibiliti Forkey Doe sememangnya tidak boleh dipertikai berdasarkan reputasinya yang muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan 15 gol.

Nama Cong Vinh juga bukan asing buat peminat bola sepak tempatan apabila meledak satu gol semasa membantu Vietnam menewaskan Harimau Malaya 2-0 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, 11 September lalu. Jika kehadiran Cong Vinh ke Selangor menjadi kenyataan, ia pastinya mengimbau sejarah lalu buat Gergasi Merah yang pernah mendapat sentuhan penyerang import dari rantau Asia Tenggara sebelum ini iaitu Bambang Pamungkas dari Indonesia.

Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim begitupun sebelum ini bersikap ‘mengunci mulut’ berhubung perkara itu. Katanya, masih terlalu awal untuk didedahkan kepada umum. Pendek kata, biarlah FAS yang mengumumkan siapa pemain baharu Selangor musim depan.