NORSHAHRUL (MAT YO) DITUDUH SOMBONG, HIDUNG TINGGI, TIDAK MAHU LAYAN PEMINAT?

NORSHAHRUL (MAT YO) DITUDUH SOMBONG, HIDUNG TINGGI, TIDAK MAHU LAYAN PEMINAT?

0 200

Norshahrul (Mat Yo) Dituduh Sombong, Hidung Tinggi, Tidak Mahu Layan Peminat? | Alamak, terbaca pula gosip ni dalam satu portal hiburan. Penyerang sensasi Kelantan dan Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha yang jadi rebutan pasukan Johor ini dikatakan sombong, bongkak, hidung tinggi dan pelbagai lagi komen negatif. Memang tidak sedap dibaca namun betul ke semua itu?

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang lepas, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang dipilih sebagai pemain terbaik. Sememangnya Mat Yo memang handal menggelecek bola sehingga mampu menjaringkan gol kemenangan untuk Kelantan pada malam itu. Namun menurut portal murai.com.my, Mat Yo hanya bersikap profesional dan tangkas di atas padang saja. Dengarnya, Mat Yo telah dituduh sebagai seorang lelaki yang suka bersikap egois dan sombong dengan orang disekelilingnya.

Malah, Mat Yo dikatakan sering mengecewakan pihak media kerana kerap kali menolak permintaan untuk diwawancara. Bukan setakat itu saja, Mat Yo turut didakwa berhidung tinggi dan tidak mahu melayan peminat yang mahu bergambar dan meminta autograf darinya. Malahan, Mat Yo dikhabarkan pernah menolak permintaan peminat setianya yang mahu bergambar dengan memberikan kata-kata kesat. Malah, dia juga dikatakan gemar tarik muka jika berhadapan dengan peminat fanatiknya.

Adakah benar Mat Yo berperangai sebegini? Macam tak percaya je? Harap sangat Mat Yo boleh tampil ke hadapan menjelaskan hal ini kerana tahu setiap yang berlaku ada sebabnya. Mat Yo juga manusia dan tidak boleh elak dari melakukan kesilapan.