MULA191014TAMAT190115
KLServer

FOUZIAH GOUS BAKAL BERKAHWIN PADA BULAN DISEMBER 2012?

| Nov 1, 2012

Fouziah Gous Bakal Berkahwin Pada Bulan Disember 2012? | Sejak kebelakangan ini banyak betul kontroversi melanda Fouziah Gous. Isu kahwin suami orang, isu kahwin VIP, semuanya mengaitkan nama Fouziah Gous. Terbaru, Fouziah Gous dikatakan akan berkahwin pada bulan Disember 2012 ini. Ini kerana tersebarnya gosip yang mendakwa dia akan berkahwin dengan seorang VIP pada Disember hadapan.

Walau bagaimanapun cerita berkenaan dinafikan oleh Fouziah Gous. Katanya dia tidak pernah bermaksud untuk berkahwin senyap-senyap dan kalau ada jodohnya dia akan maklumkan pada semua pihak. Berikut merupakan penjelasan Fouziah Gous sebagaimana yang disiarkan dalam portal gua.com.my.

“Kahwin dalam bulan 12? Perkara itu tidak pernah wujud pun dalam pem ikiran saya mahupun pihak keluarga. Saya pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh tersebar. Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak. Tetapi saya rasa cerita kahwin ini disensasikan oleh pihak media. Itu gosip yang tidak berasas. Terus-terang saya katakan, kalau saya ingin berkahwin, saya tidak akan sembunyi daripada pengetahuan umum. Saya akan cakap sebab saya bukannya isteri orang, dan saya juga tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki yang bergelar suami kepada wanita lain. Jadi, tidak ada sebab untuk saya kahwin senyap-senyap”

Kata Fouziah lagi, walaupun dia sudah lali dengan gosip-gosip liar sebegitu, namun kesannya tetap terasa kerana ada di kalangan saudara-maranya yang terkejut dan bertanyakan perkara itu kepada ibunya.

“Benda tidak betul, saya saya tidak ambil kisah sangat. Tetapi, memang ada makcik-makcik saya yang terkejut apabila mereka dengar cerita ini. Mereka tanya mak saya dan mak saya pun dah jelaskan situasi sebenar. Senang cerita, kalau memang benar saya hendak berkahwin pada hujung tahun ini, sudah tentu saya sibuk buat persiapan. Ini tidak, saya sibuk dengan penggambaran sana-sini. Hendak rehat dan luangkan masa dengan keluarga pun saya tidak sempat. Harap-harap penjelasan ini menamatkan gosip kahwin ini. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin, tetapi belum sampai jodoh,” tambah Fouziah lagi.


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.