SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN KELANTAN 2013

SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN KELANTAN 2013

1 127

Senarai Perpindahan Pemain Kelantan 2013 | Nampaknya Kelantan berdepan misi getir tahun ini apabila ramai pemainnya cuba dipikat pasukan lain untuk musim 2013. Ramai pemain Kelantan menjadi buruan dan usaha untuk mengekalkan mereka tampak sukar sekali namun usaha berkenaan masih lagi diteruskan. Antara tonggak utama yang mungkin keluar adalah Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), Rizal Fahmi, S. Chanturu dan beberapa pemain lagi.

Pemain yang masuk pula masih tidak dapat bayangan lagi tambahan pula ketika ini Tan Sri Annuar Musa (Presiden KAFA) tiada dalam negara. Mungkin sekembalinya beliau nanti KAFA akan membuat beberapa pengumuman penting selain usaha  memburu pemain baru bagi mengisi kekosongan pemain yang tiada.

Berikut merupakan Senarai Perpindahan Pemain Kelantan 2013 – Sehingga 3 Disember 2012 :

Masuk (In) :

  • Aris Zaidi – Piala Presiden
  • Tuan Mohd Faim – Piala Presiden
  • Izuan Salahudin – Harimau Muda
  • Faiz Subri – T-Team
  • Zairo Annuar Zailani – T-Team
  • K.Nanthakumaar
  • Norhadi Ubaidillah
  • Dimitris Pertros (Sydney FC – Pinjaman 6 Bulan)
  • Lek Kcira (Croatia)
  • Haris Safwan
Keluar (Out):

  • S. Chanturu – Perak
  • Azlan Ismail – Mungkin T-Team
  • Ramzul Zahini – Selangor
  • Nurul Azwan Roya – Johor
  • Mohamad Ghaddar – Dirahsiakan
  • Zakaria Charara – Release
  • Danny Antwi – Akan Dipinjamkan Ke Perlis
  • E. Okine – Akan Dipinjamkan Ke Perlis
  • Norshahrul Idlan – ke Johor (Tebus Kontrak)

Rumours :

  • Indra Putra – ke ATM (Tebus Kontrak) —> Sah Kekal
  • Norfarhan Mohamad – ke Terengganu (Tebus Kontrak) —> Sah Kekal
  • Rizal Fahmi – ke Selangor —> Sah Kekal
  • Azizi Mat Rose – ke Terengganu —> Sah Kekal

- – -> SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN LIGA MALAYSIA 2013 <- – -

- – - > SENARAI PEMAIN KELANTAN 2013 < – - -