REBET TELEFON PINTAR RM200 DILAKSANA BERMULA JANUARI 2013

REBET TELEFON PINTAR RM200 DILAKSANA BERMULA JANUARI 2013

0 136
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Rebet Telefon Pintar RM200 Dilaksana Bermula Januari 2013 | Ada yang sudah tidak sabar untuk menuntut rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar (smartphones) selepas diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2013 yang lepas. Menurut laporan berita, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat berkenaan.

Katanya lagi, rebet itu adalah untuk pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, dan ia akan dilanksanakan mulai 1 Januari 2013 depan. Beliau juga yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik. Bagaimanapun pihaknya kini sedang meneliti makna sebenar istilah ‘smartphone’ yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai.

“Bila itu beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau kedai-kedai dan ejen yang sudah didaftar,”katanya dalam mStar Online.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara ‘one-off’bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka.