DANIEL GUIZA PEMAIN IMPORT TERMAHAL DALAM SEJARAH BOLASEPAK MALAYSIA

DANIEL GUIZA PEMAIN IMPORT TERMAHAL DALAM SEJARAH BOLASEPAK MALAYSIA

2 176
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Daniel Guiza Pemain Import Termahal Dalam Sejarah Bolasepak Malaysia | Daniel Guiza kini sudah sah menjadi milik Johor. Beliau dikatakan akan menandatangani kontrak dengan Johor FA dalam masa terdekat. Menurut satu laporan media, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dipercayai melabur lebih RM7 juta untuk mengikat penyerang Getafe CF dari La Liga, Daniel Guiza untuk beraksi bersama Johor pada Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Anggaran jumlah itu berdasarkan nilai semasa bekas pemain Sepanyol terbabit di Eropah iaitu RM6.3 juta (Euro 1.6 juta) sekali gus menjadikannya sebagai pemain import termahal dalam sejarah bola sepak profesional di Malaysia. Menurut Suhairi Hashim (Setiausaha kehormat PBNJ), jumlah kos yang perlu dibayar oleh PBNJ tidak boleh didedahkan malah Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor mahu perkara itu dirahsiakan.