DIA BUKAN UNTUK SAYA DAN ANAK-ANAK – RITA RUDAINI

DIA BUKAN UNTUK SAYA DAN ANAK-ANAK – RITA RUDAINI

0 92
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Dia Bukan Untuk Saya Dan Anak-Anak – Rita Rudaini | Ini pula kontroversi membabitkan pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Nampanya kemelut rumah tangga mereka masih belum menunjukkan jalan penyelesaian terbaik. Walaupun Rita Rudaini berjaya membatalkan permohonan kembali taat (nusyuz) yang dikemukakan suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 25, namun kata sepakat masih belum dicapai.

Ramai yang mula berteka-teki, adakah hubungan ini mampu diselamatkan, walhal segala permohonan telah dibuat. Walaupun keputusan masih samar, Rita tetap melahirkan rasa syukur apabila satu persatu tuntutan yang dikemukakan Aidil berjaya dibatalkan dengan keputusan muktamad daripada Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah dalam kes bantahan ini tanpa penangguhan walaupun Aidil tidak hadir. Saya akan terus mempertahankan diri dan hak jagaan (hadanah) saya terhadap anak-anak. Saya tidak akan menoleh ke belakang lagi kerana perkara ini sudah menjadi kes mahkamah. Saya juga menghadiri perbincangan sulh dan peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula selepas ini,” kata ibu kepada Aidit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Raffqa Arjuna, 18 bulan dalam akhbar Sinar  Harian Online.

Permohonan nusyuz yang difailkan Aidil pada 15 Mei itu ditolak akibat kesilapan pada alamat pemastautin yang tidak lengkap dan bantahan Rita pada 3 Julai lalu diluluskan. Aidil yang gagal hadir di mahkamah ketika keputusan diumumkan kerana berada di Bangkok, mewakili negara dalam perlawanan persahabatan dengan Thailand juga turut diperintahkan membayar semua kos mahkamah.

Walaupun berjaya mendapat kredit kemenangan dalam bantahan permohonan itu, bukan bererti Rita boleh menarik nafas lega dan menganggap segalanya sudah selesai. Katanya, banyak perkara lagi yang harus diteruskan untuk membincangkan masalah yang masih belum mencapai kata putus.

“Saya akan meneruskan kes cerai ini kerana ia masih belum selesai. Apa jua cadangan yang diputuskan oleh peguam selepas ini, saya akan ikut. Tunggu sahajalah keputusannya nanti,” kata Rita yang sudah tawar hati dengan sikap Aidil.

Reda menerima apa jua ketentuan dari-Nya dalam hubungan rumah tangga, Rita berjanji tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada dua puteranya. Menganggap segala yang berlaku ada sebab musababnya, dia teguh diuji sebagai manusia biasa. Apa yang penting, kehidupannya kini hanya untuk anak-anak dan maruah diri.

“Mungkin dia bukan untuk saya dan anak-anak.” Itulah prinsip yang dipegang Rita untuk mengubati lara di hati akibat tindakan suaminya itu. Biarlah apa orang nak kata, saya hanya mahukan hak saya. Memang sukar berhadapan dengan situasi ini kerana saya terpaksa naik turun mahkamah selagi ia masih belum selesai. Namun, itulah jalan terbaik untuk kami. Berpisah atau tidak, saya tetap ibu kepada anak-anak saya,” katanya.