ANUAR ZAIN NAFI JATUH CINTA DENGAN NORA DANISH

| 21/11/2012 | 0 Comments

Anuar Zain Nafi Jatuh Cinta Dengan Nora Danish | Sebelum ini banyak laporan media mengaitkan hubungan istimewa antara Anuar Zain dan Nora Danish. Ini kerana Anuar Zain sebelum itu ada menyatakan beliau meminati pelakon berkenaan. Namun Anuar Zain menafikan hubungan cintanya dengan Nora Danish dan menyifatkan dia dan Nora Danish tidak lebih dari rakan sekerja sahaja.

“Hubungan saya dengan Nora Danish hanya setakat hubungan kerja. Tidak melibatkan soal peribadi. Saya rasa lebih baik begitu kerana saya tidak suka campurkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Jika saya campur-adukkan pasti sesuatu kerja itu tidak menjadi. Lagipun, ketika bersama dia, tidak terbit perasaan lain. Namun, saya tidak nafikan yang saya sangat meminati Nora Danish. Saya suka melihat dia.

Bagi saya, dia seorang pelakon yang hebat. Meremang bulu roma saya ketika berlakon dengan dia. Nora banyak membantu saya menghayati watak dengan baik. Saya kagumi bakat lakonan yang dimiliki Nora. Memang saya yang cadangkan Nora untuk berlakon dalam muzik video ini kerana karektornya amat tepat sebagai teman wanita dan isteri saya,” jelas Anuar Zain mengulas tentang gandingannya bersama Nora Danish dalam muzik video terbarunya untuk lagu ‘Ajari Aku’ sebagaimana yang disiarkan dalam portal gua.com.my.

Dalam masa yang sama, penyanyi pujaan ramai ini juga mengakui Nora Danish mempunyai ciri-ciri wanita idamannya. Baginya Nora Danish seorang yang sangat feminin dan manja. Cuma buat masa ini dia tidak nampak hubungan kerja di antaranya mereka berdua boleh berubah kepada hubungan yang lebih serius atau hubungan cinta!


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.