TERASA SATU KEHILANGAN BESAR SEJAK BERPISAH DENGAN ANNE – ALIFF AZIZ

| 23/11/2012 | 0 Comments

Terasa Satu Kehilangan Besar Sejak Berpisah Dengan Anne – Aliff Aziz | Sebagaimana yang kita semua tahu, Anne Ngasri sudahpun bertunang. Pertunangan Anne dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan itu dikhabarkan tidak diketahui oleh bekas kekasih Anne, Aliff Aziz. Jadi, Aliff telah menjadi tumpuan media ketika majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holliday Villa untuk bertanyakan berkenaan hal perpisahannya dengan Anne.

Memetik laporan Malaysia Digest, Aliff Aziz memberitahu tentang perkembangan dirinya, bahawa dia kini berada dalam keadaan baik dan mahu kembali fokus kepada kerja dan tidak mahu memikirkan apa yang telah belaku sebelum ni. Pun begitu anak muda berusia 21 tahun ini enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan antara dia dengan aktres beranak tiga itu.

“Saya kini lebih fokus kepada kerja yang tinggalkan beberapa bulan ni. Memang sedikit sebanyak saya merasa sedih tetapi saya luangkan masa dengan keluarga untuk cuba melupakan semuanya. Saya juga ke gym. Apa yang jadi antara kami, biarlah rahsia. Terlalu peribadi untuk diceritakan. Cukuplah sekadar saya katakan yang selama lapan bulan bersama Anne, ia merupakan saat yang paling indah dalam hidup saya”, katanya.

Aliff memberitahu sepanjang kehilangan itu, di pulang ke Singapura untuk menenangkan diri di rumah keluarganya. Dalam tempoh itu, sesekali dia dan Anne ada berhubung-sekadar bertanya khabar.

Bagaimanapun dia sebenarnya tidak mengetahui langsung mengenai hal pertunangan Anne dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, sehinggalah mendapat tahu mengenai perkara itu daripada seorang individu menerusi panggilan telefon. Kata pelantun Sayang Sayang ni sukar untuk menggambarkan bagai perasaannya saat mengetahui hal tersebut.

“Sesekali kami ada berhubung tapi sekadar bertanya khabar. Cuma seminggu sebelum dia bertunang, saya perasan yang dia langsung tidak menghubungi saya. Tapi dia ada telefon (papa) bapa saya dan bertanyakan khabar saya. Dia katakan pada papa, dia tak mahu saya ‘lebih sakit’. Selepas saya tahu tentang berita pertunangan itu, saya ada twit dia ucapkan tahniah. Itu saja”, katanya.

Jelasnya lagi bersyukur kepada Tuhan kerana pernah hadirkan Anne Ngasri dalam hidupnya dan tidak pernah rasa menyesal berkenalan dengan bekas kekasihnya itu selama ini.

“Doa saya dah termakbul. Selama ni saya sentiasa mendoakan kebahagian dia tak kiralah dengan siapa pun pilihannya.Bagi saya dia seorang wanita yang sempurna dan secara jujur bersama Anne Ngasri merupakan perasaan yang betul betul cinta. Bakal suaminya cukup bertuah”,

“Anne tidak pernah buat apa apa kesalahan pada saya. Saya akui, sejak berpisah ia merupakan satu kehilangan yang besar buat saya pada mulanya. Tapi saya bersyukur kerana saya masih ada keluarga saya juga kerjaya saya” ujar Aliff Aziz lagi mengulas kisah cintanya.

Aliff turut mendedahkan yang beliau kini sudah tidak lagi berhubungan dengan pihak keluarga Anne Ngasri seperti dahulu dan berterima kasih kerana selama ini ada menyokong.

“Saya ingin berterima kepada Babah (ayah Anne) juga kepada seluruh keluarga Ngasri kerana satu ketika dulu mereka pernah jadi keluarga saya, mereka jaga saya dengan baik sepanjang saya di Malaysia. Sekarang saya sudah tidak berhubung lagi dengan mereka. Di kesempatan ini saya mahu memohon maaf kepada mereka kalau ada salah silap yang telah saya lakukan sepanjang saya bersama mereka. Saya juga minta dihalalkan makan minum saya sepanjang itu. Saya juga berterima kasih kepada mereka kerana memberi peluang saya hadir dalam keluarga mereka walaupun hanya sekejap. Terima kasih kepada babah yang selama ini memberi nasihat dan mendidik saya”, katanya dengan nada yang sedikit sebak.

Diminta mengulas mengenai sikapnya yang selama ini dilabelkan ‘playboy’ dan perpisahannya dengan Anne menguatkan lagi dakwaan tersebut, Aliff menjawab,

Orang tak tahu apa yang terjadi sebenarnya antara saya dan Anne. Orang boleh buat apa saja andaian. Terpulang lah pada mereka. Tapi sejujurnya saya tidak pernah mempermainkan sesiapa selama ini. Dan saya rasa apa yang terjadi selama ini bukan karma tetapi ini ketentuan Tuhan. Saya dan Anne tiada jodoh.

“Siapa dumb siapa atau soal terasa diri dipermainkan, itu tidak timbul. Kerana benda dah jadi. Seperti yang saya katakan selama lapan bulan bersama Anne ia merupakan yang terindah dalam hidup saya. Orang boleh buat apa saja andaian”, ujarnya.

p/s :ok la, benda dah lepas. yang penting teruskan karier anda…


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.