BAYARAN SUMBANGAN VETERAN TIDAK BERPENCEN 1MALAYSIA RM1,000 MULAI JANUARI 2013

BAYARAN SUMBANGAN VETERAN TIDAK BERPENCEN 1MALAYSIA RM1,000 MULAI JANUARI 2013

1 390
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) RM1,000 Mulai Januari 2013 | Sebelum ini dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan Bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M). Ianya dijangka akan mula dibayar pada Januari tahun depan (2013).

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) meminta semua 234,500 bekas tentera tidak berpencen mengisi borang SVTB1M yang diedar sejak 1 November 2012 lalu. Borang terbabit perlu dikembalikan bersama-sama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum atau pada 30 November 2012 untuk diproses.

Maklumat Mengenai Bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) :

  • Borang adalah percuma.
  • Lengkapkan dan hantar ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum atau pada 30 November 2012.
  • Penerima yang layak – bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers.

Sila kemukakan :

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) / Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua mukasurat, atau Surat Pengesahan
  • Perkhidmatan, atau Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).
  • Salinan Kad Bekas Tentera (jika ada).
  • Salinan buku akaun bank (mukasurat yang tercatat no. akaun sahaja).

Pemberian SVTB1M yang berjumlah RM1,000 adalah penghargaan kerajaan di atas pengorbanan dan perkhidmatan veteran tentera tidak berpencen dalam mempertahankan negara ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jhev.gov.my.

Borang Pendaftaran Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia  

boleh di muat turun di sini :

Borang (PDF)