ABBY ABADI SUDAH ADA KEKASIH BARU?

ABBY ABADI SUDAH ADA KEKASIH BARU?

0 106

Abby Abadi Sudah Ada Kekasih Baru? | Lama dah jugak tak dengar cerita mengenai Abby Abadi. Namun menurut beberapa laporan dari ruangan gosip, ada cerita terbaru yang sensasi berkenaan Abby Abadi. Beliau dikhabarkan akan menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi. Namun dengan siapa?

Memetik laporan Malaysia Digest, pihaknya berkata ada dalam ruang gosip sebuah akhbar tabloid menyebut, daripada foto dan status yang dikemas kini di dalam Instagram, baru-baru ini bagai menyuarakan hasrat hati Abby Abadi untuk menamatkan zaman jandanya. Aktres semakin rancak dengan kerjaya sebagai penceramah itu kini dikatakan sudah menemui kekasih baru ekoran beberapa keping gambar antaranya kunjungan Abby ke kedai bunga, selain foto Abby bersama seorang lelaki sedang memegang kad yang tertera ayat ‘Marry me!’ dan ‘You and Me’.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kad berukuran A4 ‘paper’ itu menutup wajah lelaki berkenaan. Lantaran daripada pendedahan gambar-gambar berkenaan, ramai juga peminatnya yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Abby.

Namun ammboi juga tidak tahu sejauh mana kebenaran gosip yang sedang bertiup kencang ini, wallahualam. Sama-sama kita tunggu Abby Abadi membuat pengesahan. Apapun, kalau lah benar gosip ini, Alhamdulillah. Semoga hubungan Abby dengan lelaki itu berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan semoga perkahwinan bakal ditempuhinya kali ini berkekalan hingga ke anak cucu.