SHUIB SEPAH MENGAKU TIDAK SEFAHAMAN DENGAN SITI SARAH

SHUIB SEPAH MENGAKU TIDAK SEFAHAMAN DENGAN SITI SARAH

1 267

Shuib Sepah Mengaku Tidak Sefahaman Dengan Siti Sarah | Mungkin ini antara punca kenapa Shuib Sepah tidak mahu lagi bergandingan dengan isterinya Siti Sarah dalam mana-mana drama atau filem. Jika ada tawaran berlakon bersama isterinya pun Shuib sanggup menolaknya. Pelakon dan pelawak terkenal tanah air itu mengaku tiada persefahaman ketika berlakon bersama Siti Sarah.

Menurut laporan ohbulan.com, Shuib menjelaskan mereka berdua jarang menemui kata sepakat tentang lakonan masing-masing jika digandingkan bersama. Kadang-kala pekara seperti ini menyebabkan perselisihan faham antara mereka. Tambahnya lagi, pernah ketika pengambaran filem Man Sewel sebelum ini, dia dan Siti Sarah langsung tidak sependapat dan sering bergaduh, hanya kerana membincangkan watak dan peranan masing-masing dalam filem itu.

“Saya pun tidak tahu, mengapa kami tidak sefahaman. Mungkin juga kerana pemikiran saya sebagai seorang pelawak dan pelakon agak berbeza dengan dia sebagai seorang penyanyi,” ujarnya lagi sebagaimana yang disiarkan dalam portal murai.

Namun, dia tidak akan menolak jika diundang untuk membuat persembahan bersama isterinya kerana berasa lebih serasi dan mengakui Siti Sarah lebih banyak idae berbandingnya ketika membuat persembahan.

“Namun saya tidak nafikan, jika kami sama-sama buat persembahan di atas pentas, ada pula keserasian itu. Malah Sarah memang seorang yang pandai melawak dan banyak idea untuk bercakap dan kadang dia lebih lawak dari saya,” ujar Shuib lagi.

Terbaru Shuib sedang menjalani pengambaran filem Usin UFO arahan Zul Yahya yang bakal menemui penonton tahun hadapan. Filem yang berkonsepkan komedi turut membariskan pelakon-pelakon lain seperti Liza Abdullah, Aishah Ilias, Yasin Senario, Cat Farish dan ramai lagi.