ELFIRA LOY – MAKIN LUPA DIRI?

| 11/12/2012 | 0 Comments

Elfira Loy – Makin Lupa Diri? | Nampaknya pelbagai gosip dan kontroversi melanda pelakon muda, Elfira Loy, sejak kebelakangan ini. Gosip hubungan istimewa dengan Randy Pangalila dan yang terbaru apabila ada pihak mendakwa Elfira sengaja menyusahkan penganjur dengan sesuka hati menarik daripada sebuah acara amal pada saat akhir. Kononnya, penganjur kesal dengan tindakan tidak profesional pelakon sedang meningkat naik ini kerana namanya sudah pun dicanang ketika mereka mempromosikan acara itu.

Bagaimanapun Elfira sangkal dakwaan susahkan penganjur acara amal berkenaan menerusi laporan BH Online. Jelasnya, perkara itu sudah pun dimaklumkan menerusi ibunya kepada pihak penganjur dan mereka pun faham. Elfira juga sangat terkejut dengan dakwaan yang disifatkannya sebagai tidak berasas itu.

 “Ini semua hanyalah salah faham. Memang pada awalnya saya ada berjanji untuk menyertai acara itu. Namun saya juga sudah memaklumkan, kehadiran saya banyak bergantung kepada jadual penggambaran pada hari terbabit. Pada waktu persetujuan diberi, saya lihat jadual saya memang kosong. Tetapi disebabkan ada perubahan jadual dan saya perlu menyelesaikan penggambaran secepat mungkin, saya terpaksa membatalkan hasrat menyertai acara itu. Perkara itu sudah pun dimaklumkan menerusi ibu kepada pihak penganjur dan mereka memahaminya. Jadi apabila isu ini ditimbulkan kembali, sambil meletakkan kesalahan ke bahu saya, ia amat mengejutkan,” katanya dalam laporan BH Online.

Ditanya apakah dia sudah meminta maaf daripada pihak penganjur, Elfira memberitahu, dia tidak perlu berbuat demikian kerana tiada sebarang kesalahan dilakukannya.

“Perkara ini sudah pun dimaklumkan lebih awal dan ia sepatutnya tidak menjadi isu. Pihak atasan juga sudah pun dimaklumkan. Cuma pihak bawahan saja yang tidak tahu mengenainya, lalu timbullah gosip mengatakan saya menarik diri pada saat akhir. Tapi saya tak mahu salahkan sesiapa dan saya menganggapnya sekadar salah faham,” ujarnya.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.