MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

VIDEO MEKANIK KEJAM DERA ANAK TIRI

| Dec 13, 2012

Video Mekanik Kejam Dera Anak Tiri | Tidak mengira bangsa, kita seharusnya mengasihani perbuatan kejam sesiapa sahaja terhadap kanak-kanak. Ianya tidak sepatutnya berlaku dan tidakan seorang lelaki mendera anak tirinya semestinya perbuatan yang terkutuk dan perlu dikenakan hukuman setimpal.

Kejadian berlaku di Klang dan menerusi laporan Kosmo, perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.

Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut. Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya. Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.

Satu Malaysia mengutuk tindakan kejam lelaki berkenaan dan menyifatkan perbuatannya itu melampau dan tidak berperikemanusiaan. Buktinya kita boleh lihat dari komen terhadap video itu dan semuanya mengeji tindakan terlampau yang dilakukan bapa tiri mangsa.

Saksikan rakaman video dibawah:


Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA