AKIBAT KEMALANGAN, DATUK K TERLANTAR 10 HARI

| 16/12/2012 | 0 Comments

Akibat Kemalangan, Datuk K Terlantar 10 Hari | Sebagaimana yang kita semua tahu, suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K telah terlibat dalam satu kemalangan semasa beliau berada di Queenstown, New Zealand.  Akibat kemalangan yang menimpanya itu, Datuk K mengalami patah bahu dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun memetik kenyataan di Kosmo!, seorang kenalan rapat beliau memaklumkan yang Datuk K mungkin terlantar selama 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand. Beliau yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, keputusan untuk membawa pulang Datuk K bagi menjalani rawatan di Malaysia bergantung kepada keluarga ahli perniagaan itu sendiri.

Keputusan tersebut juga bergantung kepada tahap terkini kesihatan Datuk K. Yang pasti, katanya, Datuk K yang patah bahu, tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut perlu menjalani rawatan rapi.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.