JABATAN IMIGRESEN SIASAT JULIA PEREZ

| 17/12/2012 | 0 Comments

Jabatan Imigresen Siasat Julia Perez | Jabatan Imigresen berjanji meneliti status kemasukan pelakon bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati berikutan pendedahan Presiden Seniman, Zed Zaidi. Julia Perez bakal berdepan tindakan tegas sekiranya pelakon itu berlakon di Malaysia tanpa permit sah.

Menurut laporan myMetro semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan memantau kemasukan Julia dan mungkin mendapatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai perkara itu.

“Sebenarnya kemasukan artis seperti ini akan diuruskan orang lain dan untuk lakonan, ia hendaklah melalui Finas manakala untuk konsert melalui agensi lain. Tidak banyak yang dapat saya katakan setakat ini, tapi kita akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya dalam laporan berkenaan.

Jika benar dakwaan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, Julia yang mesra dengan panggilan Jupe boleh didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

p/s : setakat denda RM1,000 apa dia kisah. dia datang sini dapat puluh-puluh ribu entah-entah lagi banyak….


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.