SUAMI MAHU PRIVASI – DATUK SITI NURHALIZA MOHON MAAF

SUAMI MAHU PRIVASI – DATUK SITI NURHALIZA MOHON MAAF

0 58

Suami Mahu Privasi – Datuk Siti Nurhaliza Mohon Maaf | Suami Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K terlibat dalam kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson. Oleh itu ramai yang ingin tahu status terkini suami penyanyi wanita nombor satu negara itu. Bagaimanapun, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta maaf kepada peminatnya di tanah air.

Menurut laporan Kosmo Online, Datuk Siti mohon maaf kerana tidak memberikan gambar terkini suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang kini terlantar sakit di New Zealand didedahkan kepada umum. Beliau yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu, terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan suaminya itu yang mahukan privasi.

Siti-Dan-Datuk-K

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland. Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K,” katanya.

Tak apalah, asalkan sihatlah hendaknya kan.