KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG PADA 21-23 DISEMBER 2012

| 18/12/2012 | 1 Comment

Karnival 1001 Rasa Sate Kajang Pada 21-23 Disember 2012 | Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2012 akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Kajang, Selangor pada 21 hingga 23 Disember 2012 ini. Jika tahun lepas, karnival berkenaan dikunjungi kira-kira 20,000 orang. Pada tahun ini pula, pihak penganjur yakin seramai 50,000 pengunjung bakal hadir ke Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2012.

Menurut Pengarah Projek Karnival, Ali Khair Abd. Ghafar, antara acara utama yang akan diadakan semasa karnival tersebut iaitu acara bakar sate terbesar yang akan direkodkan dalam Malaysian, Book Of Records pada 22 Disember 2012 dan pengunjung dapat menikmati sate percuma bermula pukul 4 petang hingga 8 malam.

Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2012

Selain itu, ada persembahan nasyid dan auto show serta beberapa penyanyi undangan turut membuat persembahan pada sebelah malam seperti Jay Jay, Mus May dan Ezad Exist.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.