‘DIA (SUMALI) LELAKI TERBAIK BUAT SAYA DAN ANAK-ANAK’ – ANNE NGASRI

| 26/12/2012 | 0 Comments

‘Dia (Sumali) Lelaki Terbaik Buat Saya Dan Anak-Anak’ – Anne Ngasri | Anne Ngasri telah sah bergelar isteri kepada Sumali pada 22 Disember 2012 walaupun sebelum itu heboh bercinta dengan penyanyi dari Singapura, Alif Aziz. Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri dan Mohd Sumali Reduan diijabkabulkan oleh kadi daerah, Abdul Mutalib Abdul Rahim pada jam 11 pagi. Bagi Anne, dia sudah membuat pilihan yang tepat mengenai suaminya itu.

Anne berkata dalam laporan MH Online, sikap suaminya yang tenang dan memahami membuatkan dia selesa bersama lelaki itu.

anne ngasri dan sumali

“Sikap suami yang pandai melawak dan sangat memahami membuatkan kami cepat serasi. Malah saya bersyukur, kerana penantian saya untuk dipertemukan dengan seorang lelaki yang terbaik buat saya dan anak-anak sejak tiga tahun lalu telah termakbul,” katanya tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas kelancaran majlis pernikahan mereka.

Dalam majlis pernikahan yang diadakan di Homestay Citra, Kampung Parit Pinang, Benut itu, Anne atau Nasriah Ngasri menerima mas kahwin sebanyak RM22.50, wang hantaran berjumlah RM11,111.11 dan lima dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas dan sepersalinan baju. Manakala Sumali menerima lima dulang hantaran berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin.

Tahniah!


Tags: , , , , , , ,

Category: ADMIN, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.