SINOPSIS DAN JALAN CERITA BIKERS KENTAL

SINOPSIS DAN JALAN CERITA BIKERS KENTAL

0 169

Sinopsis Dan Jalan Cerita Bikers Kental | Bikers Kental merupakan filem arahan Helmi Yusof terbitan Tayangan Unggul dan ianya melibatkan sebanyak sembilan pelakon utama iaitu Zizan razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem.

Bikers Kental mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam dengan motor berkuasa tinggi. Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur sehingga ke Thailand.

bikers-kental

Walaupun merupakan seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi ramai, dan telah ditawarkan untuk berkonvoi bersama–sama dengan kumpulan motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Untuk tahu kesudahannya kita kenalah tonton Bikers Kental nanti yer. Bagaimanapun tarikh tayangan filem ini masih belum diumumkan. Movie trailers Bikers Kental pun rasanya belum ada.

pelakon bikers kental - ammboi dot com

Gambar diatas adalah antara pelakon yang hadir ke Majlis Pelancaran Filem Bikers Kental. Pelakon hebat-hebat belaka dan filem ini tentunya bakal meletup di pawagam nanti.