IRFAN FAZAIL DAN NADIA ZUBER SUDAH BERTUNANG?

| 31/12/2012 | 0 Comments

Irfan Fazail Dan Nadia Zuber Sudah Bertunang? | Khabarnya pemain Harimau Muda A, Irfan Fazail telahpun selamat bertunang semalam. Itu laporan yang ammboi terbaca dari sebuah portal hiburan. Difahamkan, Irfan yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan Aishah AF7 bakal bertunang dengan buah hatinya, Nadia Zuber yang bertugas sebagai penyampai sukan di TV3.

Perkara ini telah pun disahkan oleh Irfan menerusi twitter peribadinya yang disiarkan pada 15 Disember 2012 lepas berbunyi “15 hari lagi…smoga mjlis pertunangan yg dirancang bjln dgn lancar..aminnnn..” (Dipetik dari laporan murai.com.my)

pertunangan irfan fazail dan nadia zuber

Majlis pertunangan ini turut disahkan Nadia Zuber menerusi twitternya yang mana dia hanya membalas ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan majlis pertunangan yang bakal berlangsung di rumahnya nanti.

Tahniah diucapkan kepada Irfan dan Nadia.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.