PENDAFTARAN ONLINE PAKEJ KOMUNIKASI BELIA (PKB) – REBAT TELEFON PINTAR RM200

PENDAFTARAN ONLINE PAKEJ KOMUNIKASI BELIA (PKB) – REBAT TELEFON PINTAR RM200

18 232

Pendaftaran Online Pakej Komunikasi Belia (PKB) – Rebat Telefon Pintar RM200 | Bermula hari ini, anda sudah boleh mendaftar Pakej Komunikasi Belia (PKB) secara online yang disediakan oleh SKMM. Bagaimanapun sebelum mendaftar, apa kata anda lihat dahulu syarat-syarat dan kelayakan untuk mohon Pakej Komunikasi Belia (PKB) ini.

Syarat dan Kelayakan Pakej Komunikasi Belia (PKB) 2012 :

  1. Belia berumur antara 21 – 30 tahun (ikut tarikh lahir).
  2. Berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.
  3. Permohonan terdiri dari dua kategori iaitu Bekerja dan Pelajar. (pilih mana berkenaan)
  4. Jika bekerja anda wajib ada no KSWP atau yang bekerja sendiri abaikan.
  5. Jika pelajar anda wajib sediakan no kad pelajar anda.
  6. Pembelian telefon mestilah tidak melebihi dari RM500.
  7. Pakej bergantung kepada siapa cepat dia dapat.
  8. Tempoh permohonan adalah dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.

Ini Pula Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200) (komunikasibelia.skmm.gov.my) :

  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar (p/s : tak semestinya postpaid atau ada bil)
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia

Senarai Telefon Pintar 3G – Pakej Komunikasi Belia (PKB) 2012 :

  1. Senarai Penuh Telefon (KLIK SINI)
  2. UMobile Tawar 5 Pilihan ‘Smartphone’ (KLIK SINI)

skmm - pakej komunikasi belia

Jika anda sudah bersetuju dengan syarat dan kelayakan diatas, maka anda bolehlah membuat pendaftaran di komunikasibelia.skmm.gov.my.

  • (Nota : Pautan ke laman ini mungkin sukar untuk ditembusi pada waktu biasa. Jadi anda kena cari masa yang ‘luar biasa’. Ini mungkin server SKMM yang terlampau sibuk untuk melayan jumlah kunjungan yang ramai dalam satu masa. Harap bersabar)

pakej-komunikasi-belia

Selesai pendaftaran, anda boleh cetak/print kesemua maklumat (pengesahan pendaftaran) berkenaan. Semak senarai wakil penjual/agen yang terlibat dan bawalah perkara dibawah untuk membeli telefon anda.

Perkara yang perlu dibawa :

  1. Salinan cetakan pendaftaran.
  2. Kad pengenalan (I/C).
  3. Bukti pendapatan – Slip gaji / Lain-lain yang disahkan.

Semoga berjaya!