PAKEJ KOMUNIKASI BELIA – REBAT RM200 KINI UNTUK SEMUA JENIS TELEFON

PAKEJ KOMUNIKASI BELIA – REBAT RM200 KINI UNTUK SEMUA JENIS TELEFON

2 213
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Pakej Komunikasi Belia – Rebat RM200 Kini Untuk Semua Jenis Telefon | Berita baik untuk semua yang layak memohon Pakej Komunikasi Belia (PKB) 2012. Bermula pada hari ini, Rebat RM200 yang diberikan boleh digunakan utnuk beli apa sahaja jenis / model telefon pintar yang anda berkenan dan termampu.

Menurut laporan Sinar Harian Online, Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

pakej-komunikasi-belia

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim Pakej Komunikasi Belia (PKB) di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. Pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia (PKB) ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.

Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my. Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.