PAKEJ KOMUNIKASI BELIA – TAWARAN PAKEJ TELEFON YES BUZZ CUMA RM50

PAKEJ KOMUNIKASI BELIA – TAWARAN PAKEJ TELEFON YES BUZZ CUMA RM50

2 417
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Pakej Komunikasi Belia- Tawaran Pakej Telefon Yes Buzz Cuma RM50 Sahaja | Anda berminat dengan Pakej Komunikasi Belia (PKB)? Anda mahu rebat RM200 tetapi tidak mahu bayaran tambahan mahal? Anda mahu berjimat tetapi mahu dapatkan telefon pintar? Anda tidak mahu ada komitmen tetap (bil) secara bulanan? Jika begitu, ammboi berpendapat, tawaran yang diberikan Yes 4G adalah tepat untuk anda.

Yes 4G menawarkan telefon pintarnya Yes Samsung Buzz cuma dengan bayaran RM50 sahaja (selepas rebat RM200). Bermakna anda cuma perlu bayar RM50 dan anda sudah dapat telefon beserta pakej lain bernilai RM568. Ianya memang lumayan kan?

pakej komunikasi belia yes4g

Apa Yang Anda Dapat?

pakej komunikasi belia yes buzz

Apabila anda ambil Pakej Komunikasi Belia dari YES dengan hanya RM50, anda akan dapat barangan sebagaimana dibawah :

  • Telefon pintar Samsung Buzz
  • Yes ID
  • Baucar tambah nilai RM 30

Siapa Yang Layak Mohon?

Hanya pelanggan yang berumur 21 – 30 tahun dengan pendapatan RM 3,000 atau kurang layak membeli pakej ini.
Pelanggan perlu membawa dokumen yang disenaraikan di bawah untuk pengesahan:

  • Cetakan borang pra-pendaftaran SKMM dengan status pra-pendaftaran
  • Kad Pengenalan
  • Kad pengenalan pelajar (jika ada)

Cara Untuk Buat Permohonan?

Sila isi borang pra-pendaftaran yang sedia ada di laman web SKMM. Setelah mengisi borang tersebut, anda akan dimaklumkan sekiranya anda layak membeli Pakej Komunikasi Belia. Sekiranya anda layak, cetak status pra-pendaftaran tersebut atau catatkan nombor siri pada borang anda.

  • (Penting) Cetakan/nombor siri tersebut diperlukan untuk membeli pakej.

Cara Untuk Beli Pakej Ini?

  • Anda boleh membeli pakej ini di Kedai Yes, Kiosk Yes dan Kedai Kampus Yes.

Tarikh Tutup Permohonan?

Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 tertakluk kepada sebarang pindaan atau perubahan yang ditentukan oleh kerajaan termasuk tarikh permulaan dan penamatan.

Maklumat Lanjut Berkenaan Pakej YES 4G

yes prepaid

  • Penggunaan Internet Yes 4G

Ini adalah berdasarkan pengalaman ammboi sendiri. Sudah hampir setahun ammboi ambil pakej Yes Prepaid. Rasanya pakej ini berbaloi pada mereka yang menggunakan internet yang minima dan sesekali menggunakannya. Dalam erti kata lain penggunaan antara 1 – 2 jam sehari. Paling utama anda bukannya kaki download (muat turun perisian, filem dan sebagainya). Anda akan dikenakan caj 3 sen untuk 1mb data. Kalau anda download 100mb movie/software, bermakna anda sudah gunakan RM3.00. Itu kalau 100mb, biasanya movie paling kecil dalam 300 – 500mb. Kesannya terlalu besar pada kredit anda.

  • Penggunaan Panggilan dan SMS Yes 4G

Memang antara yang terjimat dan menjimatkan. Anda hanya di caj 9 sen untuk panggilan dan sms kesemua rangkaian/ operator atau no mana-mana pun. Tak guna maka tak kena caj. Sama la macam prepaid lain.

  • Tambah Nilai Yes 4G

Senang sahaja, anda boleh beli pek tambah nilai dari mana-mana pengedar/ kedai. Rasanya makin ramai yang menjualnya. Paling senang bagi ammboi, anda boleh beli secara online menerusi CIMB Clicks, Maybank2U dan banyak lagi. Ada pelbagai jenis bermula dari RM10, RM20, RM30 dan sebagainya serta tempoh masa bergantung pada penggunaan anda. Tak guna, tak ada caj.

  • Kelajuan Internet?

Rasanya paling laju diantara lain-lain pakej prepaid. Biasanya yang ammboi guna sekitar 7MBPS – 12MBPS. Setakat download 100MB tu kacang jer. Tapi kita pulak makan kulit kacang bila tengok kredit habis. Pesanan ammboi – JANGAN GUNA UNTUK DOWNLOAD!

  • Peringatan Sebelum Beli!

Semak dulu coverage anda di SINI. Kalau tiada liputan buat apa beli kan.

Itu sahaja sedikit sebanyak mengenai YES 4G. Jadi ammboi nak ucapkan selamat mendaftar Pakej Komunikasi Belia (PKB) secara online di nbi.skmm.gov.my

Maklumat lanjut Pakej Komunikasi Belia Yes 4G (KLIK SINI)

Harap bersabar kalau line sibuk. Sebab ramai yang mendaftar. Siapa cepat dia dapat!

KLIK SINI —> SENARAI TELEFON LAYAK DAPAT REBAT RM200