PELAKON WANITA KONTROVERSI DITAHAN MILIKI DADAH?

PELAKON WANITA KONTROVERSI DITAHAN MILIKI DADAH?

1 57

Pelakon Wanita Kontroversi Ditahan Miliki Dadah? | Kita baru sahaja sambut tahun baru. Sepatutnya kita mulakan dengan azam baru, mahu jadi lebih baik. Namun lain pula dengan pelakon wanita kontroversi ini. Nama lagi pelakon kontroversi, sudah tentu sarat dengan cerita sensasi kan.  Terbaru kita dikejutkan dengan berita penangkapan seorang pelakon dan model wanita berusia 26 tahun kerana memiliki pil disyaki Eramin 5. Pelakon dan model yang sering mencipta kontroversi itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur, di sebuah kediaman mewah pada petang Isnin.

Laporan Harian Metro semalam menyebut tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas melakukan intipan sejurus menerima laporan daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

shadow_of_a_friend

Sudah tentu menjadi tanda tanya banyak pihak berkenaan siapakah pelakon dan model kontroversi ini? Ada khabar angin mengatakan pelakon terbabit pernah ditahan dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lepas, di mana dia diarahkan menjalani ujian saringan air kencing setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin. Nampaknya kena tunggu laporan lanjut akhbar nih…