KLServer

TIZ ZAQYAH SUDAH ADA KEKASIH BARU? PENGGANTI REMY ISHAK?

| Jan 2, 2013

Tiz Zaqyah Sudah Ada Kekasih Baru? Pengganti Remy Ishak? | Semua peminat hiburan di Malaysia sudah tahu bahawa Tiz Zaqyah dan Remy Ishak sudah putus dan tiada hubungan istimewa lagi antara mereka. Putus sebab tiada persefahaman katanya. Bagaimanapun, Tiz kepada Zaqyah berkata, dia reda dengan suratan takdir yang tertulis. Barangkali itu yang terbaik buatnya, malah tiada apa perlu dikesalkan.

Menjawab persoalan apakah kemungkinan untuk kasih mereka itu kembali bertaut, Tiz terdiam seketika. Barangkali berfikir jawapan terbaik dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Dalam nada penuh berhati-hati dia berkata, sukar menjawab soalan cepu emas ini kerana ia di luar batas kemampuannya. Sebagai manusia, dia tidak boleh meramal apa yang berlaku, lebih-lebih lagi soal ini.

remy ishak dan tiz zaqyah

“Beginilah. Apa yang berlalu biarlah berlalu. Usah dikenang atau meletakkan apa-apa harapan lagi. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih, apatah lagi soal membabitkan hubungan sesama manusia. Semua itu urusan Allah SWT. Kemungkinan untuk berpatah balik itu mungkin tidak ada agaknya. Saya tak pernah fikir perkara ini, malah kini hanya fokus pada kerjaya,” katanya dalam laporan Malaysia Digest.

Namun, apabila disoal benarkah tempat Remy kini terisi dengan kehadiran seseorang, sambil ketawa gadis ini cuba mengalih topik bicara. Tiz meminta perkara itu usah dipanjangkan kerana tidak mahu kisah peribadinya lebih dibicarakan berbanding karier seperti yang berlaku sebelum ini.

“Saya masih Tiz Zaqyah yang sama. Bagi saya, soal cinta biar saya simpan sendiri dan andai orang tahu, ia bukan daripada mulut saya. Saya perasan, peminat kini mula faham prinsip saya. Harap pada 2013 saya dapat dekatkan diri dengan peminat. Tahun ini jadual saya padat. Bila penggambaran ambil masa panjang, kita jadi penat, tak sempat eratkan silaturahim dengan peminat,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem Xoxo arahan Kabir yang turut dibintangi Remy Ishak dan Nadia Nisaa.


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.