PAKEJ TELEKOMUNIKASI BELIA – MAXIS/ HOTLINK TAWAR 8 MODEL TELEFON PINTAR PREPAID...

PAKEJ TELEKOMUNIKASI BELIA – MAXIS/ HOTLINK TAWAR 8 MODEL TELEFON PINTAR PREPAID DAN POSTPAID

1 219

Pakej Komunikasi Belia – Maxis/ Hotlink Tawar 8 Model Telefon Pintar Prepaid dan Postpaid | Berapa ramai yang sudah berjaya untuk membuat permohonan Pakej Komunikasi Belia 2013? Kalau yang belum berjaya anda boleh cuba lagi. Dalam pemerhatian ammboi, server pon dah makin baik sekarang. Bagi yang sudah berjaya, anda diingatkan hanya ada masa 30 hari untuk membuat pembelian telefon pintar anda.

Sila buat pilihan yang betul untuk membeli sebarang telefon pintar. Pastikan ianya sesuai dengan bajet anda dan berbaloi untuk dimiliki. Bagi mereka yang tidak mahu melanggan pakej internet pospaid untuk Pakej Komunikasi Belia 2013, anda juga boleh melanggan pakej prepaid. Sebelum ini ammboi ada menceritakan mengenai Pakej Internet Prepaid UMobile, kali ini kita lihat Pakej Internet Prepaid Maxis – Hotlink pula.

pakej komunikasi belia 2013 - 2

Untuk makluman anda, Maxis-Hotlink ada menawarkan 10 pilihan telefon dimana 6 adalah untuk postpaid dan 4 lagi untuk prepaid. Dibawah ammboi ada lampirkan gambar 10 pilihan telefon dari Maxis – Hotlink.

pakej komunikasi belia maxis

Berkenaan Pakej Internet Postpaid Maxis

Bagi mereka yang mahu mendapatkan Pakej Internet Postpaid Maxis, ammboi lihat ada pelbagai pakej yang Maxis tawarkan. Harga yuran langganan bulanannya bermula dari RM50 sebulan (Value Plus Internet RM50 dengan internet 2GB). Ammboi tak pasti samada anda boleh melanggan pakej postpaid lain untuk mohon skim ini. Kerana ada pakej paling murah adalah Talkmore/Textmore RM28 sebulan. Tapi pakej ini tiada langganan internet.

Berkenaan Pakej Internet Prepaid Maxis

Maxis/ Hotlink ada menawarkan Pakej Prepaid Internet. Dimana anda perlu mengambil prepaid internet ini secara mingguan atau bulanan. Untuk memberhentikan langganan ini ammboi tidak pasti boleh atau tidak. Tapi setahu ammboi, bila namanya prepaid, itu hak kita untuk topup atau tidak kan. Takkan Maxis akan hantar mesej atau call untuk suruh kita topup.

Kat bawah ada senarai Pakej Internet Prepaid Maxis:

maxis hotlink prepaid internet

Dimana anda boleh mendapatkan Pakej Komunikasi Belia Maxis-Hotlink ini?

Sila rujuk senarai cawangan/pengedar Maxis-Hotlink dibawah:

Central

  • Alamanda
  • Gardens
  • Klang
  • KLCC
  • Pavilion
  • Selayang
  • Sunway Pyramid
  • Tmn Tun

East

  • Kota Bahru
  • Kuala Terengganu
  • Kuantan

North

  • Alor Star
  • Ipoh
  • Langkawi
  • Penang
  • Queensbay
  • Seberang Prai
  • Taiping
Sabah

  • Sandakan
  • Warisan Square

Sarawak

  • Kuching
  • Miri
  • Sibu

South

  • BP Mall
  • Danga Bay
  • Mahkota Parade
  • Seremban City Square
  • Tmn Molek

Ok, itu sahaja yang ammboi boleh kongsikan hari ini. Semoga berjaya mendapatkan telefon pintar anda!

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - -

INFO BERKAITAN

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - -

KLIK SINI —> REBAT RM200 – SYARIKAT TELEKOMUNIKASI LANTIK 1,000 PENJUAL

KLIK SINI —> (TERKINI) PAKEJ KOMUNIKASI BELIA – SENARAI 28 TELEFON UNTUK REBAT RM200

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - -