REBAT RM200 – SYARIKAT TELEKOMUNIKASI LANTIK 1,000 PENJUAL

REBAT RM200 – SYARIKAT TELEKOMUNIKASI LANTIK 1,000 PENJUAL

1 334

Rebat RM200 – Syarikat Telekomunikasi Lantik 1,000 Penjual | Menurut laporan berita hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam Pakej Komunikasi Belia telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa mereka telah melantik hampir 1,000 wakil jualan di seluruh negara.

Jumlah wakil-wakil jualan yang dilantik oleh syarikat-syarikat telekomunikasi itu akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa untuk memastikan para belia dapat membeli telefon pintar 3G yang mereka idamkan dengan lebih mudah. Mereka yang telah berjaya mendaftar diminta bersabar sedikit dan kerap menyemak senarai wakil-wakil penjual yang telah dilantik di laman-laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html.

Setiap syarikat telekomunikasi juga menawarkan beberapa model telefon pintar untuk para belia membuat pilihan. Disebabkan permintaan yang diluar jangkaan, ada kemungkinan tidak cukup stok atau kekurangan model telefon. Setakat ini terdapat 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di bawah skim ini.

pakej-komunikasi-belia

Semak Senarai Model Telefon Pakej Komunikasi Belia – Rebat Telefon Pintar RM200 :

  1. Celcom
  2. Maxis
  3. Digi
  4. UMobile
  5. Tune Talk
  6. Yes
  7. Clixster