MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

MENJELANG FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA (MLM) 2012 – ZIZAN AKUI HAMPA DENGAN PERSEMBAHANNYA

| Jan 17, 2013

Menjelang Final Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) – Zizan Akui Hampa Dengan Persembahannya | Pada minggu lalu, Zizan sekali lagi beraksi tanpa Johan di pentas Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012). Untuk makluman, Johan yang masih lagi difahamkan belum pulih daripada kecederaan lutut yang dialaminya. Ternyata persembahannya pada minggu berkenaan kurang memuaskan dan cukup mengecewakan. Oleh itu pelbagai kritikan dan kutukan peminat dilontarkan kepadanya.

Ada yang kata lawak Zizan tidak menjadi, ada yang anggap Zizan gagal tanpa Johan dan paling teruk ada yang kata Zizan syok sendiri. Namun Zizan akui, dia sendiri kecewa dengan persembahannya itu. Dia juga sedar akan kelemahannya itu dan anggap ianya sebagai pengalaman berguna untuk meneruskan kerjayanya.

zizan maharaja lawak mega 2012

“Saya akui agak kecewa dengan persembahan saya minggu lalu. Saya tahu para penyokong dan peminat juga merasai perkara yang sama. Tetapi dilihat dari sudut positif, ia merupakan pengalaman untuk saya kerana bila sendiri di atas pentas apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya seorang. Tiada siapa perlu diletakkan kesalahan itu dan ini peluang untuk saya timba pengalaman baru sebagai comedian. Melakukan stand up komedi bukanlah mudah dan tema yang diberikan juga amat mencabar. Walaupun ia sebuah rancangan lawak, kalau cakap pasal peribahasa masih ada perkara yang perlu dijaga. Mungkin pelbagai faktor yang ada telah menyumbang kepada kekurangan idea persembahan saya. Saya pada mulanya juga kurang yakin dan hampa apabila persembahan berakhir. Sebab itu saya cuba untuk buat yang terbaik bagi pusingan yang kedua. Alhamdulillah, di pusingan kedua saya rasakan semangat semakin kuat lagi,”ujarnya dalam laporan murai.com.my.

Bagaimanapula dengan Final Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012)? Adakah Zizan sudah bersedia?

jozan - johan dan zizan

Menerusi laporan murai.com.my juga, Zizan mengakui dia masih belum ada persiapan rapi kerana masih lagi menunggu keputusan daripada pihak Johan mengenai status penghibur tersebut.

“Mengenai Johan saya tidak boleh komen apa-apa kerana saya belum pun lagi mendapat confirmation daripada pihak dia. Cuma untuk final persiapan belum lagi bermula sebab saya belum tahu samada Johan ada atau tidak. Ini kerana persembahan berdua dan solo tidak sama. Untuk itu saya hanya bersedia untuk apa kemungkinan dan jika secara solo saya cuma ada beberapa idea difikiran tetapi belum betul-betul praktis,”ujarnya mengenai persiapan Jozan ke pentas akhir MLM 2012.

Dalam pada itu, Zizan yang menghadapi kemungkinan beraksi tanpa Johan telah berkongsi cabaran terbesarnya di pentas akhir MLM. Namun begitu, Zizan tetap yakin dan akan cuba melakukan yang terbaik demi penyokong kuat Jozan.

“Apa-apa sahaja yang terjadi, Jozan akan teruskan juga perjuangan ini. Saya akan cuba guna kekuatan yang saya ada daripada segi pergerakan dan karakter yang saya mainkan untuk menghiburkan penonton. Tema muzikal dan freestyle sebenarnya lebih sukar daripada yang dibayangkan. Jangan ingat freestyle senang kerana ia lebih besar skopnya. Kemungkinan untuk finalis tampil dengan idea yang sama juga adalah perkara yang perlu diambil kira. Jadi saya harapkan, walau apa pun keputusannya nanti saya harap penyokong Jozan tetap terus menyokong kami di pentas akhir MLM 2012 nanti. Saya mewakili Jozan akan melakukan yang terbaik buat peminat yang tidak jemu memberi sokongan,”komen Zizan mengakhiri perbualan.


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.