SWANSEA UNTUNG – NILAI MICHU KINI DIANGGARKAN £30 JUTA(RM144 JUTA)

| 17/01/2013 | 0 Comments

Swansea Untung – Nilai Michu Kini Dianggarkan £30 Juta (RM144 Juta) | Sebelum ini, nama Miguel Michu mungkin agak kurang dikenali sebelum ini dikalangan peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) di Malaysia. Namun jaringannya ketika membantu Swansea mengalahkan Chelsea pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga terus mengangkat statusnya kepada pemain tengah yang bernilai dan wajar digeruni. Disebalik kejayaan Michu dan keuntungan yang bakal dijana oleh Swanse, ada dua kelab EPL kini berputih mata.

Sudah tentu mereka menyesali kegagalan mereka untuk mengesan bakat dan kebolehan pemain berkenaan sehingga terlepas begitu sahaja. Kini mereka menanggung rugi akibat tidak menerima tawaran untuk mendapatkan Michu.

Siapa Yang Rugi?

michu

Pada 2011, Tottenham dan Wigan bersiap sedia dengan kemungkinan mendapatkan Michu yang ketikan itu adalah pemain te­ngah Celta Vigo dan dia boleh didapati secara percuma. Kedua-dua kelab itu bagaimanapun enggan mengambil tindakan susulan. Tahun lalu, mereka juga berdepan situasi yang sama. Pemain Sepanyol itu yang ketika itu beraksi di Rayo Vallecano, menamatkan La Liga musim lalu sebagai pemain tengah dengan jaringan terbanyak dan mempunyai klausa pelepasan hanya £2.2 juta )(rm10.6 juta) di dalam kontrak. Sekali lagi, kedua-dua kelab itu memandang sepi pemuda itu, membolehkan Swansea City tampil tanpa saingan untuk mendapat­kan pemain berusia 26 tahun itu.

Kini, Swansea antara kelab yang bakal mengaut keuntungan sekiranya ada pasukan lain yang berminat mendapatkan pemain bintangnya itu. Ini kerana, Swansea hanya melaburkan £2.2 juta )(rm10.6 juta) untuk mendapatkannya dari kelab Sepanyol,Rayo Vallecano iaitu bayaran klausa pelepasan.

miguel michu swansea

Michu adalah penjaring ketiga terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris sepanjang musim ini, membawa Swansea ke semi final Piala FA dan kini dinilaikan berharga £30 juta (RM144 juta) oleh kelabnya. Oleh sebab itu, Pengurus Swansea, Michael Laudrup yang menyifatkan Michu pembelian berbaloi musim ini.


Tags: , ,

Category: BOLA SEPAK DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.