MULA191014TAMAT190115
KLServer

SCHA AL-YAHYA DAN AWAL ASHAARI NAK ‘ENJOY’, BELUM SEDIA TIMANG ANAK?

| Jan 22, 2013

Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari Nak ‘Enjoy’, Belum Sedia Timang Anak? | Semalam ammboi ada laporkan mengenai Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari meluahkan kekecewaan kerana ada pihak yang gagal memulihkan reputasi mereka setelah dituduh mencuri pakaian. Hari ini pula ammboi nak kongsikan luahan Scha dan Awal mengenai isu anak pula.

Selepas hampir lapan bulan berkahwin tentunya peminat Scha dan Awal mahu melihat mereka dikurniakan zuriat sendiri. Sehingga kini masih belum ada tanda-tanda mereka bakal memperoleh zuriat. Namun demikian, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari menafikan tuduhan kononnya mereka tidak bersedia untuk mempunyai anak kerana masih memburu keseronokan hidup berdua. Mereka juga menafikan dakwaan kononnya Scha bimbang bentuk tubuh akan berubah sebaik saja menimang cahaya mata.

scha dan awal

“Siapa kata saya tak mahu anak? Memanglah orang lihat kami ini enjoy sepanjang masa, seolah-olah tak bersedia untuk memiliki zuriat sendiri. Dalam hal ini saya percaya kepada rezeki. Jika Tuhan nak bagi, kami memang bersedia bila-bila masa saja.

Tapi, saya ada juga dengar nasihat daripada beberapa rakan artis supaya tidak terlalu tertekan memikirkan soal ini. Dynas contohnya, mula-mula dia memang tertekan dengan soal anak sehingga sampai satu tahap dia sudah malas untuk mencuba. Namun siapa sangka saat dia mula putus asa, tiba-tiba Tuhan beri rezeki,” ujar Awal optimis.

p/s : apa la, dah diorang belum ada rezeki nak buat macam mana.. sama-sama kita doakan yang terbaik…


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.

Semak Gaji Online ePanyata Gaji Fashion Bop - Professional China wholesale agency