GAJI PENJAWAT AWAM NAIK ANTARA 2 HINGGA 5 PERATUS

GAJI PENJAWAT AWAM NAIK ANTARA 2 HINGGA 5 PERATUS

0 83
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Gaji Penjawat Awam Naik Antara 2 Hingga 5 Peratus | Ini adalah satu berita gembira buat penjawat awam. Namun bukan semua, hanya untuk mereka yang sudah mencapai tangga gaji maksimum sahaja.  Menurut laporan berita hari ini, penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan.

Datuk Seri Dr Ali Hamsa - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Baru 2012

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan Bagaimanapun, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).