ADA HUBUNGAN ‘ISTIMEWA’ ANTARA ZIZAN DAN ELFIRA LOY?

ADA HUBUNGAN ‘ISTIMEWA’ ANTARA ZIZAN DAN ELFIRA LOY?

0 475
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Ada Hubungan ‘Istimewa’ Antara Zizan Dan Elfira Loy? | Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak memang antara pelakon dan pelawak lelaki yang popular di Malaysia. Beliau baharu saja memenangi gelaran Juara Maharaja Lawak Mega 2012 bersama Johan (Kumpulan Jozan). Sebelum itu Zizan juga memenangi gelaran Juara Super Spontan 2012. Berbalik kepada kisah kejayaan Zizan, beliau juga tidak lepas dari dikaitkan dengan wanita.

Antaranya kontroversi percintaannya dengan Juliana Evans, beliau juga ada dikaitkan dengan Emma Maembong. Terbaru beliau juga ada digosipkan dengan pelakon wanita berbakat, Elfira Loy. Hanya sekadar gosip sahaja ke? Atau ada kisah lain disebaliknya?

zizan dan elfira loy

Menurut Zizan, dia dan Elfira hanya kawan biasa sahaja. Mengenai dia pergi menonton teater Ali Baba di Istana Budaya, ia bukan untuk melihat Elfira semata, tetapi dia menerima tiket percuma dari pihak pengurusan dan dia kesana kerana untuk melepaskan tekanan kerja sahaja. Lagipun dia kesana bersama Kaka dan jelasnya Elfira dan Kaka rapat sewaktu mereka sama-sama terlibat dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia 2012.

p/s : ok, kita tunggu dan lihat sahajalah…