KLServer

JANGAN GOSIPKAN SAYA DENGAN RANDY PANGALILA – NORA DANISH

| 02/02/2013

Jangan Gosipkan Saya Dengan Randy Pangalila – Nora Danish | Pelik dengan gosip yang melandanya, awal-awal lagi Nora Danish sudah memesan kepada wartawan agar tidak menggosipkan dia dengan Randy Pangalila. Ini kerana dia dan Randy Pangalila akan bergandingan menerusi drama terbaru arahan Michael Ang.

Sebelum itu, Nora Danish mengakui berasa pelik apabila sejak akhir-akhir ini dia sering dikaitkan dengan pelakon-pelakon lelaki yang pernah digandingkan dengannya seperti Adi Putra, Shaheizy Sam, Anuar Zain serta yang terbaru dengan Qi Razali.

nora danish ajari aku

“Tidak lama lagi saya akan menjalani penggambaran drama cinta arahan Michael Ang dengan aktor Indonesia Randy Pangalila. Diharap tidak ada gosip yang berlaku antara kami,” katanya.

Selain itu, Nora Danish akui dia agak kurang selesa dengan gosip-gosip seperti itu kerana perkara tersebut akan memberi kesan buruk apabila anaknya iaitu Putera Rayqal Ramli Rizal yang kini berusia empat tahun besar kelak. Katanya, tentu sekali Rayqal akan memikirkan sesuatu apabila membaca kisah-kisah yang kurang manis mengenai ibu sendiri.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.