SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M 2.0

SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M 2.0

16 188

Semakan Keputusan BR1M 2.0 | Jika diikutkan pada maklumat awal, status keputusan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) hanya akan dapat diketahui bermula 10 Februari 2013. Namun ada antara mereka yang sudah tahu keputusan BR1M 2.0 mereka. Sebab itulah ammboi lihat cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sudah mula sibuk. Beberapa kawasan sudah membuat pembahagian bayaran bantuan RM500 berkenaan.

Namun pada mereka yang masih buntu untuk mengetahui maklumat kelulusan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), ammboi nak kongsikan info ini dibawah.

br1m2

Untuk makluman anda, semakan status kelulusan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) boleh diketahui dengan beberapa cara dibawah:

  • Penerima BR1M2.0 (Permohonan yang berjaya) akan diberitahu melalui pos sama ada layak atau pun tidak mendapat bantuan tersebut dan diberitahu tempat penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 tersebut. Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melaui pos secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.
  • Selain itu, pemohon juga boleh menyemak br1m 2.0 secara online dengan menghubungi talian hotline ini 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010.
  • Pemohon boleh menyemak status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) dengan menghantar ke email ini  belanjawan2012@treasury.gov.

Tahniah pada yang berjaya. Manfaatkan bantuan berkenaan untuk perkara yang berfaedah.