FIZO AKUI SERIUS DENGAN HAAS DAN SUDAH SEDIA BERKAHWIN

FIZO AKUI SERIUS DENGAN HAAS DAN SUDAH SEDIA BERKAHWIN

0 199

Fizo Akui Serius Dengan Haas Dan Sudah Sedia Berkahwin | Oh, ini rupanya teman wanita pelakon dan ahli perniagaan, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar. Namanya Haas Jaafar. Katanya Fizo serius menjalin hubungan cinta dengan Haas dan dia akui bahawa sudah bersedia untuk tamatkan zaman bujang.

Sebelum ini Fizo susah untuk bercerita bab cintanya ini kepada pihak media. Namun beberapa pendedahan dan beberapa kali terserempak dengan pihak media membuatkan pelakon berkenaan membuka ceritanya itu. Menurut Fizo, dia mengesahkan dirinya sedang bercinta dengan gadis berusia 25 tahun itu.

Memetik laporan Malaysia Digest, Fizo menegaskan pendedahan yang dibuat itu bukan niat menunjuk-nunjuk jauh sekali mahu menjaja cerita cintanya. Sebaliknya dia tidak mahu terus menipu peminat dan pihak media. Malah dengan pengakuan tersebut, dia tidak perlu risau dengan khabar angin atau dianggap menipu.

teman wanita fizo omar dan haas

“Sebenarnya saya tak mahu mendedahkan kepada sesiapa tentang hubungan kami. Awalnya saya rancang biar kami berkawan dahulu dan betul-betul kenal antara satu sama lain. Bila dah betul-betul nak bertunang atau nak berkahwin baru saya beritahu. Tapi bila wartawan nampak saya dengan dia dan dah alang-alang terkantoi, jadi saya pun mengaku saja lah. Saya tak mahu menipu. Kalau 10 tahun lepas mungkin saya boleh sorok tentang hal (cinta) macam ni. Tapi sekarang ni dengan adanya Facebook dan Twitter, sampai bila saya boleh sorok. Saya sedar, selangkah saya keluar dari rumah saya adalah public figure dan apa yang saya buat diperhatikan ramai orang. Saya pun nak ada momen seperti keluar makan bersama dia. Daripada orang nampak dan buat spekulasi, baik saya berterus terang awal-awal “, katanya.

Dalam pada itu Fizo menambah, hubungannya dengan gadis dari Kedah itu kini di tahap serius. Meskipun ikatan cinta mereka baru mencecah beberapa bulan, Fizo berkata dia sudah sudah bersedia untuk berkahwin. Pun begitu kedua-kedua mereka menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

“Kami serius dan memang hubungan ini dan ia ke arah perkahwinan. Saya dah bersedia untuk ada keluarga sendiri. Saya target nak kahwin sebelum umur 30 tahun. Tapi soal jodoh saya serahkan pada Allah. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Diharap dengan pendedahan ini, kami dapat doa yang baik-baik daripada semua”, katanya lagi.

Dia juga merancang mahu berjumpa dengan keluarga Haas dalam masa terdekat untuk mengenali lebih rapat ibu bapa teman wanitanya itu. Walaupun sebelum ini dia telah mengenali ibu Haas, namun perjumpaan ini adalah lebih kepada rasa hormatnya kepada keluarga wanita berkenaan. “Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan bertemu keluarganya untuk berkenalan dengan lebih rapat,” jelasnya.

Selain itu Fizo berkata minat yang sama iaitu membuka perniagaan membuatkan hubungan dia dan teman wanitanya itu semakin erat.

“Saya dan dia, kami punya minat yang sama iaitu berniaga. Minat itu juga yang buat kami rapat. InsyaAllah, kami rancang nak buka perniagaan bersama. Saya selesa dengan dia. Selain tu, tarikh lahir kami selang sehari, dia 18 haribulan dan saya pula 19 haribulan Julai. Sebenarnya saya takut nak cerita banyak-banyak ni. Saya takut tak jadi nanti (gelak). Maklumlah, percintaan yang dilalui oleh seorang artis seperti saya ni banyak cabaran, banyak dugaannya,” ujar Fizo sambil memberitahu sudah penat melalui pengalaman putus cinta.

p/s : ok la.. benda baik elok dipercepatkan…