MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

BLACKBERRY 10 DILANCARKAN DI MALAYSIA – HARGA BLACKBERRY Z10 RM2188

| Feb 21, 2013

Blackberry 10 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Blackberry Z10 RM2188 | Blackberry melancarkan Blackberry 10 hari ini di Malaysia. Selain itu, Blackberry juga telah mengumumkan harga untuk model Blackberry Z10 yang akan mula dijual di Malaysia pada bulan hadapan.

Menurut info yang ammboi baca di laman Amaz.my, harga Blackberry Z10 bermula dari RM2,188. Berkemungkinan harga dengan kontrak syarikat telco (Maxis, Digi dan Celcom) lebih murah namun ianya masih belum diumumkan lagi. Maxis antara telco pertama yang membuka tempahan minat untuk model Blackberry Z10 dan ianya bermula pada hari ini, 21 Februari 2013.

BlackBerry Z10 merupakan peranti pertama BlackBerry 10 yang dijual di Malaysia, membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, dilengkapi memori 2GB RAM, ruangan storan sebesar 16GB (dengan sokongan mikro-SD), sokongan mikro-HDMI, NFC, dan semestinya dilengkapi dengan sistem operasi Blackberry 10. – Sumber Amaz.my

blackberry z10 malaysia

Syarikat telco lain hanya akan mula membuka tempahan pada bulan Mac ini.


Tags: , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments are closed.