‘BERIKAN ALASAN KUKUH UNTUK BERCERAI’ – RITA RUDAINI

| 26/02/2013 | 0 Comments

‘Berikan Alasan Kukuh Untuk Bercerai’ – Rita Rudaini | Pening dah ammboi nak ulas pasal kes mahkamah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ni. Rasanya pihak mahkamah pun mahukan kes ini diselesaikan dengan segera. Setahu ammboi, sebelum ini Rita yang lantang bersuara dan mahukan Aidil menceraikannya (jika tak salah la..). Tapi apabila Aidil mahu ceraikannya, tiba-tiba ada alasan lain pula dari pihak Rita.

Menurut laporan mStar Online semalam, Rita Rudaini, mahu Aidil atau nama sebenarnya Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. Menurut peguam Rita, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain, pelakon itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak Aidil keluar dari rumah setahun lalu.

aidil zafuan dan rita rudaini

“Seperti kes sebelum ini, Rita ingin menuntut alasan kukuh kenapa Aidil mahu menceraikannya dan dia tidak bersetuju dengan permohonan itu selagi mereka tidak bersemuka untuk berbincang. Selain itu, Rita ingin berbincang tentang banyak perkara termasuk berkenaan dengan hal anak sebelum bersetuju dengan keputusan itu (bercerai),” katanya dalam laporan mStar Online.

Laporan itu juga menyebut, tindakan Rita berbuat demikian kerana enggan Aidil lepas tangan daripada tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anak lelaki mereka iaitu Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

p/s : doa lagi semoga jodoh Rita dan Aidil masih ada demi anak-anak mereka…


Tags: , , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.