NASIHAT TENGKU ABDULLAH UNTUK TUNKU ISMAIL (TMJ)?

| 27/02/2013 | 0 Comments

Nasihat Tengku Abdullah Untuk Tunku Ismail (TMJ)? | Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan lantangnya mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia. Baginda meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan saingan Liga-M yang disifatkannya masih berada di tahap amatur ketika bola sepak Malaysia sudah lama di era profesional.

Walaupun apa yang diluahkan oleh Tunku Ismail itu ada kebenarannya, namun takkan kerana statusnya itu membuatkannya terlepas dari hukuman FAM. Baginda sepatutnya berdepan Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana didakwa melanggar Artikel 88 apabila mengkritik FAM secara terbuka. Kerana sebelum ini sudah ada yang mengkritik FAM demi untuk meningkatkan pembangunan bolasepak negara tetapi tetap kena hukum juga.

Tengku-Abdullah

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan dari FAM. Semua bagai nak mengelak sehinggakan ada laporan mengatakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak telah meletakkan jawatan dek kerana permasalahan ini.

Nasihat Tengku Abdullah Untuk Tunku Ismail

Dalam pada itu, Tengku Abdullah yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada menasihati Tunku Ismail dalam laporan BH Online hari ini. Katanya, Tunku Ismail sepatutnya menggunakan saluran yang betul, bukan membuat kritikan menerusi media berhubung mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M).

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata sesiapa saja perlu mengikut saluran betul dalam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu dengan tidak terus melalui media yang hanya boleh menghangatkan situasi.

“Saya akui memang ada kelemahan tapi kita boleh perkemaskan dan lihat semula mutu pengadilan…kita akan kaji. Jangan cepat menghukum, ikutlah saluran terbaik. Beri surat atau jumpa FAM. Sesiapa saja perlu menggunakan saluran lebih baik iaitu melaporkan kepada FAM berhubung perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati mengenai bola sepak Malaysia. Sekretariat FAM akan mengkaji, jika teguran itu dapat diperbetulkan kita akan betulkan,” katanya dalam laporan berkenaan.

p/s : baguslah, siap ada nasihat-nasihat lagi… kalau sebelum ini mana ada….

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata sesiapa saja perlu mengikut saluran betul dalam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu dengan tidak terus melalui media yang hanya boleh menghangatkan situasi.

“Saya akui memang ada kelemahan tapi kita boleh perkemaskan dan lihat semula mutu pengadilan…kita akan kaji. Jangan cepat menghukum, ikutlah saluran terbaik,

“Beri surat atau jumpa FAM. Sesiapa saja perlu menggunakan saluran lebih baik iaitu melaporkan kepada FAM berhubung perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati mengenai bola sepak Malaysia.

“Sekretariat FAM akan mengkaji, jika teguran itu dapat diperbetulkan kita akan betulkan,” katanya semalam.


Tags: , , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.