MULA191014TAMAT190115
KLServer

ZAIN SAIDIN NAFI BERNIKAH DENGAN ROZITA CHE WAN JULAI 2013?

| Feb 27, 2013

Zain Saidin Nafi Bernikah Dengan Rozita Che Wan Julai 2013? | Alamak, apa kes pulak ni? Sebelum ini bagai nak rak kata bakal bernikah dengan Rozita Che Wan. Tiba-tiba bila Rozita setuju, Zain Saidin pula yang menafikan cerita berkenaan. Untuk makluman, sebelum ini Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk bernikah Julai ini dengan Zain.

Bagaimanapun menerusi laporan Sinar Harian, Zain Saidin menafikan bakal bernikah dengan Rozita Che Wan pada Julai ini. Rupanya apa yang dilaporkan dalam media sebelum ini hanyalah salah faham antara wartawan dan Che Ta la. Kerana kata Zain, dia sudah bertanyakan hal berkenaan kepada Rozita dan Rozita juga menafikan ada menyebut bakal bernikah pada Julai ini.

zain saidin dan rozita che wan

“Saya tanya Che Ta, dia kata tak pernah pun kata nak kahwin Julai. Mereka (akhbar) tulis sendirilah. Saya tanya dia tentang kenyataan itu, dia kata tak ada pun (bagi kenyataan). Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah,” katanya dalam laporan berkenaan.

Mengulas lanjut soal laporan akhbar itu, Zain berkata, tidak logik jika pernikahan mereka pada bulan Julai.

“Julai itu bulan puasa kan? Ada ke orang kahwin bulan puasa? Kalau fikir secara logiknya, tak kan saya nak kahwin bulan puasa. Tak nak ajak orang datang kahwin ke apa?” katanya.


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.

Semak Gaji Online ePanyata Gaji Fashion Bop - Professional China wholesale agency