REAL MADRID PANCING GARETH BALE GANTIKAN CRISTIANO RONALDO?

| Feb 28, 2013 | 0 Comments

Real Madrid Pancing Gareth Bale Gantikan Cristiano Ronaldo? | Nampaknya Real Madrid sudah bersedia berbelanja besar untuk membawa masuk bintang Tottenham Hotspur, Gareth Bale, 23. Menurut beberapa laporan, Bale bersedia memulakan rundingan dengan Real Madrid berhubung perpindahan bernilai 40 juta pound (RM187.8 juta).

gareth bale vs cristiano ronaldo

Real Madrid dikhabarkan amat memerlukan kemasukan pemain sayap berkaliber dengan kemungkinan untuk menggantikan Cristiano Ronaldo yang belum memutuskan masa depannya di Bernabeu. Gergasi bola sepak Sepanyol itu sedia menawarkan 30 juta pound (RM140.97 juta), manakala baki 10 juta pound (RM47 juta) dilangsaikan dalam tempoh empat tahun selepas mereka mendapat pemain tersebut.


Tags: , , , , ,

Category: BOLA SEPAK DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.