KLServer

ZIZAN DAN FARA FAUZANA SAH PENGACARA ABPBH 2012

| Mar 2, 2013

Zizan Dan Fara Fauzana Sah Pengacara ABPBH 2012 | Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-26 tahun 2012 bakal dilangsungkan pada 7 April 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Untuk makluman, pengacara bagi ABPBH 2012 ini adalah Zizan Razak dan Fara Fauzana.

Bagi ammboi, gandingan Zizan dan Fara Fauzana dijangka mampu memberikan impak yang baik sepanjang majlis berlangsung. Seorang pelawak dan seorang lagi berperanan untuk ‘mengawal keadaan’ dan gandingan ini boleh dikatakan lengkap. Selain itu, Didie Alias dan Along Cham pula akan bertindak sebagai pengendali acara permaidani merah.

zizan dan fara fauzana

Borang pencalonan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-26 tahun 2012 masih diterbitkan menerusi BH dan BH Ahad hingga 13 Mac ini dengan tarikh akhir penerimaan pada 18 Mac 2013. Manakala undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dibuka hingga 26 Mac 2013.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.