SHAHRIZAL JASZLE NAFI HUBUNGAN DENGAN TUNANG BERMASALAH DAN BATALKAN PERKAHWINAN

| 05/03/2013 | 0 Comments

Shahrizal Jaszle Nafi Hubungan Dengan Tunang Bermasalah Dan Batalkan Perkahwinan | Heboh seketika mengenai berita pelakon Shahrizal Jaszle batalkan perkahwinannya dengan Redzwani Puteri. Khabarnya hubungannya dengan Redzwani ada masalah.

Bagaimanapun menerusi laporan Sinar Harian semalam, Shahrizal Jaszle menafikan segala khabar angin berkenaan. Dia juga nafi hubungannya dengan Redzwani Puteri ada masalah. Katanya, memang keluarga mereka merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini. Namun ianya terpaksa ditangguhkan atas beberapa alasan yang munasabah.

shahrizal jaszle dan redzwani putri

“Kami memang merancang untuk berkahwin dalam usia muda tetapi terpaksa akur dengan kehendak keluarga mahu tunang habis belajar. Insya-ALLAH, kami akan berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi,” kata Sharizal yang mengikat tali pertunangan dengan Redzwani Puteri tahun lalu.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.