KEJOHANAN BADMINTON PIALA AXIATA 2013 – FORMAT BARU, CABARAN BARU?

KEJOHANAN BADMINTON PIALA AXIATA 2013 – FORMAT BARU, CABARAN BARU?

0 131
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 – Format Baru, Cabaran Baru? | Piala Axiata 2013 akan membuka tirai pada 21 Mac 2013 ini. Kejohanan badminton termahal dunia yang menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM3.1 juta) pada tahun ini dilihat lebih mencabar apabila menampilkan format baharu. Ini kerana pada Piala Axiata 2013 dua lagi acara baharu bakal dipertandingkan.

Buat pertama kali sejak ianya diperkenalkan pada tahun lepas, pemain wanita turut beraksi iaitu dalam acara perseorangan dan beregu campuran. Saingan tahun juga juga tampak lebih menarik dengan kehadiran pasukan dari Eropah dan beberapa pasukan baharu Asia. Dua pasukan baharu tersebut akan bertanding dengan pasukan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Vietnam.

  • Pasukan Asia terdiri daripada tujuh pemain seperti Lee Hyung Il dari Korea Selatan dan Ashwini Ponnappa-Tarun Kona (India).
  • Pasukan Eropah pula menampilkan 14 pemain seperti perseorangan terkemuka Denmark, Tine Baun dan pemain beregu campuran Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba.

Format Perlawanan Piala Axiata 2013:

logo piala axiata cup logo 2012

Pusingan awal Piala Axiata 2013 akan diadakan secara round robin di Surabaya, Indonesia bermula 21 hingga 24 Mac 2013 dan aksi timbal-balik di Kuala Lumpur dari 29 hingga 31 Mac. Empat pasukan yang mengumpul mata tertinggi dalam kedua-dua pusingan akan mara ke peringkat separuh akhir. Peringkat separuh akhir dan akhir akan diadakan di Kuala Lumpur dari 13 hingga 14 April 2013 depan.

Hadiah Piala Axiata 2013:

Juara akan menerima AS$400,000 (RM1.2 juta), naib juara AS$200,000 (RM620,374), tempat ketiga AS$150,000 (RM465,280) dan keempat AS$100,000 (RM310,187). Pemenangan tempat kelima pula akan menerima AS$60,000 (RM186,112), keenam AS$40,000 (RM124,074), ketujuh AS$30,000 (RM93,056) dan kelapan AS$20,000 (RM62,037).

Senarai Skuad Piala Axiata 2013 Malaysia:

  • Perseorangan lelaki : Liew Daren dan Chong Wei Feng
  • Beregu lelaki: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
  • Beregu campuran: Goh Liu Ying-Chan Peng Soon dan Lim Yin Loo
  • Perseorangan wanita: Tee Jing Yee