KRITIKAN TUNKU ISMAIL MENGENAI MUTU PENGADILAN POSITIF – TAN SRI ANNUAR MUSA

| 06/03/2013 | 0 Comments

Kritikan Tunku Ismail Mengenai Mutu Pengadilan Positif – Tan Sri Annuar Musa | Sebelum ini hebah mengenai kelantangan suara Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terhadap mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M). Ramai yang menunggu tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap orang kuat Johor Darul Takzim FC itu.

Bagaimanapun, bagi, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, beliau beranggapan kritikan Tunku Ismail terhadap mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) tidak berniat jahat. Katanya, kritikan itu sebagai teguran positif dan membina daripada Tunku Ismail sebagai ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Anuar-Musa-Tunku-Ismail

“Secara peribadi, tindakan Tunku Ismail mengkritik mutu pengadilan yang kurang memuaskan dalam kancah bola sepak tempatan adalah satu teguran positif. FAM tidak perlu sensitif dalam hal ini. Tindakan hanya perlu diambil jika sesuatu teguran itu adalah berniat jahat. Saya sendiri mempertahankan tindakan saya mengkritik prestasi skuad kebangsaan dulu. Saya pertahan kerana tindakan saya itu tiada niat jahat, hanya memberi pendapat positif.

Saya fikir saya tidak boleh dikenakan tindakan kerana kritikan saya dulu bukan niat untuk bermusuh dengan FAM dan sampai sekarang saya mempertahankan kritikan saya itu betul. Sebagai ahli gabungan, kita perlu ada ruang untuk menyatakan pendapat dan hak untuk bersuara dalam FAM. Orang luar pun ada yang memberi pendapat, namun pendapat mereka itu tidak beri apa-apa kesan melainkan pendapat ahli gabungan yang boleh diterjemahkan dan bawa kepada perubahan,” katanya dalam laporan BH Online.

p/s: ammboi pun anggap positif, cuma itulah kerja yang FAM selalu buat kan…


Tags: , , , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.