MULA191014TAMAT190115
KLServer

PENJAWAT AWAM DAPAT KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) LEBIH AWAL?

| Mar 11, 2013

Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Lebih Awal? | Apa perasaan seluruh penjawat awam sekalian selepas amanat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 lewat tengahari tadi? Ada yang suka, duka, atau tak ada perasaan apa-apa?

Sudah tentu ramai yang kecewa apabila tiada berita mengenai kenaikan elaun perumahan (Imbuhan Tetap Perumahan – ITP) dan Elaun Sara Hidup (COLA) sebagaimana yang dicanangkan oleh beberapa pihak sebelum ini. Namun nak buat macam mana, itu keputusan dari PM. Kenalah terima juga dengan hati terbuka.

najib pm

KLIK SINI —> ISI KANDUNGAN AMANAT PERDANA MENTERI KEPADA PENJAWAT AWAM 11 MAC 2013

Dah lihat senarai kandungan PM tadi? (ada dalam link diatas).

Dalam pada itu, ammboi sedikit keliru dengan satu pengumuman dari PM ini. Ianya berkenaan “kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.”

Rasanya apa maksudnya tu? Adakah kakitangan awam bakal menikmati dua kali kenaikan gaji pada tahun ini (termasuklah kenaikan gaji biasa sebagaimana yang diterima pada bulan Januari atau April atau Julai ataupun bulan Oktober). Atau hanya kenaikan gaji berkenaan sahaja untuk tahun ini tanpa kenaikan gaji yang asal? Nampaknya masih keliru dengan perkara yang satu ini. Diharapkan pihak berkenaan segera keluarkan pekeliling untuk lebih kepastian.

Apapun baca petikan penuh berita dibawah:

Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320. Langkah itu akan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020′, di sini. – BH Online

p/s: Tak sabar tunggu info selanjutnya…


Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Comments are closed.