SKIM GAJI BARU POLIS DAN TENTERA DIJANGKA DIUMUMKAN HARI INI

| 11/03/2013 | 1 Comment

Skim Gaji Baru Polis Dan Tentera Dijangka Diumumkan Hari Ini | Berita ini sudah tentu mampu menceriakan abang-abang Polis dan Tentera kita. Masakan tidak, dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke – 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber polis kepada akhbar BH Online, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.

ds najib perdana menteri malaysia

“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam.

Cadangan Skim Gaji Baru Gaji PDRM:

  • Konstabel (N17) ialah RM1,013 – RM2,613.61 bagi P1, manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46).
  • Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 dan P2 (RM2,325.10 – RM3,657.02).
  • Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70).
  • Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62.

Penyelarasan gaji pegawai kanan PDRM pula dijangka Gred 41 bagi Inspektor, Asisten Superintendan (ASP) 44, Deputi Superintendan (DSP) 46; Superintendan 48 dan Asisten Komisioner (ACP) 52.

UPDATE –> ISI KANDUNGAN AMANAT PERDANA MENTERI KEPADA PENJAWAT AWAM 11 MAC 2013


Tags: , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Harapan pihak kerajaan laksanakan kenaikan gred j 17 lepasan politeknik ke gred j 27.Sekarang tangga gaji saya j 17 p1-T 16 diharapkan bila dinaikkan ke gred j 27 tetap sama p1 -T16.

Leave a Reply

Your email address will not be published.