PENJAWAT AWAM DAPAT KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) LEBIH AWAL 1 JULAI 2013

PENJAWAT AWAM DAPAT KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) LEBIH AWAL 1 JULAI 2013

0 88

Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Lebih Awal 1 Julai 2013 | Ini pula lanjutan dari pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Penjawat Awam pada 1 Julai 2013 ini. Ada laporan mengatakan ianya cuma KGT yang lebih awal sahaja dan bukannya KGT kali kedua. Mungkin bermakna kakitangan awam pada tahun ini akan dapat KGT 1 Julai 2013 dan KGT pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober itu takkan diterima lagi pada tahun ini.

najib pm

Itulah yang ammboi faham. Baca laporan Kosmo disini:

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam bakal menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai depan. Selain itu, 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat nikmat tambahan apabila pangkat dan gaji mereka mereka akan disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan kenaikan gaji awal itu berkata, setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 bergantung kepada gred gaji mereka. Beliau berkata, ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

“Ini dilakukan bagi menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam. – (Kosmo 12/03/13)

Ok, macam mana? Nampak macam 1 KGT sahaja untuk tahun ini. Apapun kita tunggu penjelasan selanjutnya.