KENAIKAN GAJI TAHUNAN AWAL (KGT) SEBAHAGIAN DARI PERLAKSANAAN SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF

KENAIKAN GAJI TAHUNAN AWAL (KGT) SEBAHAGIAN DARI PERLAKSANAAN SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF

0 218

Kenaikan Gaji Tahunan Awal (KGT) Sebahagian Dari Perlaksanaan Sistem Saraan Transformatif (STI) | Semasa berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020′, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sesuatu kepada penjawat awam.

Ianya adalah berkenaan kerajaan telah bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai depan. Pengumuman ini bermakna setiap penjawat awam akan menerima kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 pada 1 Julai 2013 dan ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

datuk seri najib razak

Inisiatif yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).

kandungan amanat pm 11 mac 2013

Namun apa yang mengecewakan tiada kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Elaun Sara Hidup (COLA) sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini. Apa yang ada adalah pengumuman gred baru gaji bagi ATM dan PDRM. Dimana gred gaji baru ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Apapun, penjawat awam seharusnya bersyukur dengan apa yang mereka nikmati sekarang. Tempoh kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan juga disingkatkan kepada 13 tahun dari 15 tahun sebelum ini.